IKHLASKAN HATI
Apa yang kita miliki hari ini bukanlah keseluruhannya milik kita...
Rezeki yang Allah kurniakan adalah untuk dikongsi dengan orang lain, sebagai manusia tanamkan sifat pemurah dalam hati dan ikhlaskan diri dalam setiap pemberian..
Kisah :
Jamuan akhir tahun ada aturacara bertukar-tukar hadiah, hamba Allah ini tiada duit nak beli hadiah.. yang dia punyai cuma 3 helai kertas graf yang ingin digunakan untuk membuat graf dalam latiham matematik... namun begitu, dia ikhlaskan diri memberi 3 helai kertas graf tersebut sebagai hadiah..
Sampai tiba waktu aturcara tersebut... kawan yang dapat hadiah dari hamba Allah ini sangat gembira kerana memerlukan sangat kertas graf.. Dengan rahmat Allah, hamba Allah ini turut mendapat hadiah kertas graf tapi 10x ganda dari jumlah yang dia beri... Bersyukur tidak terkira hamba Allah ini..
*ALLAH MAHA PEMURAH
muhasabah diri supaya jadi lebih baik..
ReplyDelete