Saturday, 7 November 2015

IKHLAS





IKHLASKAN HATI







Apa yang kita miliki hari ini bukanlah keseluruhannya milik kita...
Rezeki yang Allah kurniakan adalah untuk dikongsi dengan orang lain, sebagai manusia tanamkan sifat pemurah dalam hati dan ikhlaskan diri dalam setiap pemberian..

Kisah :

Jamuan akhir tahun ada aturacara bertukar-tukar hadiah, hamba Allah ini tiada duit nak beli hadiah.. yang dia punyai cuma 3 helai kertas graf yang ingin digunakan untuk membuat graf dalam latiham matematik... namun begitu, dia ikhlaskan diri memberi 3 helai kertas graf tersebut sebagai hadiah..

Sampai tiba waktu aturcara tersebut... kawan yang dapat hadiah dari hamba Allah ini sangat gembira kerana memerlukan sangat kertas graf.. Dengan rahmat Allah, hamba Allah ini turut mendapat hadiah kertas graf tapi 10x ganda dari jumlah yang dia beri... Bersyukur tidak terkira hamba Allah ini..

*ALLAH MAHA PEMURAH

AL-QURAN SEBAGAI PEDOMAN



Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
(Sahih al-Bukhari, Kitab: at-Tauhid, Bab: Qaul Allah Ta’ala wa Yuhadzdzirukumullah Nafsah. Juz: 6, halaman: 2694, no: 6970. Penerbit: Dar Ibni Katsir. Al-Yamamah, Beirut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun: 1407H/1987M)

Kisah ini terjadi dari pengalaman seorang hamba Allah.. :

Tatkala hamba Allah ini bersedih mahupun gembira di carinya AL-QURAN sebagai peneman, kerana baginya itu adalah jalan untuk berkomunikasi dengan Sang Pencipta... Lalu terbacalah hamba Allah ini ayat 'LA TAHZAN INNA ALLAHA MA'ANA'... bercucuran air matanya kerana hamba Allah ini merasakan yang Allah sedang bercakap dengannya dan merasai keadaan hatinya..SUNGGUH..!!! Allah itu yang memegang setiap hati manusia..
Bukan itu sahaja, sebagai manusia kadangkala kita lalai dengan keasyikkan dunia :

Hamba Allah ini lewat menunaikan solat Asar 2 hari berturut-turut...usai solat asar terus berkumandang azan maghrib, hamba Allah ini terus menunaikan solat maghrib dan membaca AL-QURAN... dengan rahmat Allah, ayat pertama yang dibacanya adalah 'HAFIZHU 'ALA SOLAH WAS SOLATIIL WUSTHO' hamba Allah ini melihat nota kaki apakah maksud wustho?? wustho adalah solat asar... bersyukur dan sebak hatinya kerana sungguh Allah menyayanginya dengan memberi peringatan sebegitu...

NASIHAT :
* Jadikan AL-QURAN sebagai TEMAN
* Bacalah AL-QURAN walaupon sepotong ayat sehari (sekurang-kurangnya)
* Allah sentiasa dekat dengan kita...

(Semoga entry ini menjadi iktibar buat kita)

Saturday, 24 October 2015

BUNGA RAYA


PENGENALAN

Bunga raya merupakan sejenis tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958 , Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan Negara kita.









 KELOPAK BUNGA RAYA

Terdapat 5 kelopak bunga raya yang mewakili 5 perkara dalam RUKUN ISLAM. Ianya juga turut mewakili 5 perkara dalam RUKUN NEGARA.







KEISTIMEWAAN BUNGA RAYA

1. Bunga raya merupakan pokok renek yang tahan lasak.
2. Mempunyai banyak warna antaranya ialah merah, putih, merah jambu, kuning, jingga dan biru. 
3. Mempunyai ketinggian 2 hingga 3 meter dan ianya menjadi hiasan ladskap taman terkenal 'evergreen'.
4. Boleh menjadi bahan makanan seperti bunga raya jenis Rosella  boleh dijadikan sirap dan jem
5. Dari segi perubatan boleh menjadi penawar racun, melegakan sakit kepala dan demam.

MERAHNYA BUNGA RAYA
 Bunga raya merah lambang keberanian.. 

KESIMPULAN
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pemilihan bunga kebangsaan ini.