Saturday 24 October 2015

BUNGA RAYA


PENGENALAN

Bunga raya merupakan sejenis tumbuhan yang berbunga sepanjang tahun. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958 , Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan Negara kita.









 KELOPAK BUNGA RAYA

Terdapat 5 kelopak bunga raya yang mewakili 5 perkara dalam RUKUN ISLAM. Ianya juga turut mewakili 5 perkara dalam RUKUN NEGARA.







KEISTIMEWAAN BUNGA RAYA

1. Bunga raya merupakan pokok renek yang tahan lasak.
2. Mempunyai banyak warna antaranya ialah merah, putih, merah jambu, kuning, jingga dan biru. 
3. Mempunyai ketinggian 2 hingga 3 meter dan ianya menjadi hiasan ladskap taman terkenal 'evergreen'.
4. Boleh menjadi bahan makanan seperti bunga raya jenis Rosella  boleh dijadikan sirap dan jem
5. Dari segi perubatan boleh menjadi penawar racun, melegakan sakit kepala dan demam.

MERAHNYA BUNGA RAYA
 Bunga raya merah lambang keberanian.. 

KESIMPULAN
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu berbangga dengan pemilihan bunga kebangsaan ini.